Sharifah Amani meluahkan kekecewaannya menerusi laman Twitter, seolah-olah berasa tidak adil apabila filem lakonannya, ‘Psiko Pencuri Hati’ mendapat klasifikasi PG18 walhal filem arahan Syamsul, KL Gangster 2 yang dilihat lebih ganas hanya mendapat PG13.
Syamsul yang lama menyepi dek kerana masalah melibatkan filemnya itu pula tiba-tiba mencuri perhatian ramai apabila membalas pedas kenyataan Sharifah Amani dengan melabelkan Sharifah Amani sebagai kurang ajar serta biadab kerana menggunakan bahasa yang kasar.
Bagaimanapun isu berkenaan dilihat sudah reda apabila Sharifah Amani membalas dia tidak bermaksud untuk menyinggung Syamsul dan Tweetnya itu bukanlah bersifat peribadi. Ia juga ditujukan kepada pihak lain agar lebih telus dalam setiap tindakan. Sharifah Amani juga mohon maaf jika kenyataannya itu membuatkan Syamsul terasa hati..Datuk Yusof Haslam yang merupakan bapa kepada Syamsul enggan komen mengenai isu tersebut namun beliau sempat mengulas tindakan anaknya yang menempelak Sharifah Amani.
“Maaf, kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai perkara ini namun, saya tidak salahkan Syamsul kerana saya faham hati dia tengah bergelora sekarang,” ujar Datuk Yusof Haslam ringkas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan