SHAH ALAM - Exco Selangor, Sallehen Mukhyi hari ini menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Menteri Besar Selangor gagal menguruskan simpanan rizab negeri itu.
Bercakap kepada sebuah portal, Sallehen sebaliknya menggambarkan teguran terbuka Anwar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai tidak tepat.
Bahkan menurutnya, Khalid telah menjalankan tugas dengan baik, tidak seperti yang digambarkan oleh Anwar.
"Kalau komen itu dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat PKR, Tan Sri Khalid juga sebagai PKR, itu saya fikir komen dalaman rumahtangga merekalah.
"Tetapi Khalid tanggungjawab sebagai Menteri Besar dan saya sebagai Exconya, saya melihat untuk membuat keputusan perbelanjaan, saya sebenarnya tidak bersetuju kalau disebut bahawa Tan Sri Khalid tidak membelanjakan hasil negeri," katanya.
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan